nuff ad

Friday, September 6, 2013

nak pikat hati si lelaki ( get his heart )

benda nie dah lapuk,semua orang dah tau... perempuan lebih ramai daripada lelaki dah sekarang tak terkecuali pada tahun 2013. kalau dari sudut pandangan ekonomi barang yang sikit permintaan terhadapnya tinggi oleh sebab penawaran yang terhad. ini menunjukkan kami si lelaki semakin berharga sekarang nie... korang gadis tak dapat nak nafikan da. haha tapi itu tak bermakna korang hiasan dunia dan akhirat nie tak berharga. kita sama je cuma lelaki berharga sikit la sekarang. haha

aku tau takkan perigi nak cari timba kan? tapi kalau dah suka,sayang... takkan nak biarkan si jejaka idaman hati sanubari tido malam termimpi-mimpi kena kebas libas oleh gadis lain kan? tak perlu memulakan langkah ketara untuk memikat hati si lelaki cukup sekadar senggol-senggolan,cubit-cubitan je... tak perlu nak broadcast kat stesen radio ke,stesen tv ke nak bagi tau isi hati kat dia.

tip-tip:

1. penampilan
1st impression bak kata omputeh. yela,korang kan gadis memang terkenal dengan kekemasan korang. bagi aku, tidak perlu cantik sebagai syarat menjadi teman hidup. cukuplah si gadis sedap dipandang,sejuk mata memandang,tak sakit bila di pandang. jadi,korang gadis yang perasan hot muka korang tidak memberikan kelebihan sebenarnya semua mempunyai peluang 50-50. baju kena kemas,kena dengan personaliti, xseksa bila melihat,outdated tak kisah janji kena dengan diri. muka tu kena sentiasa bersih jangan la macam baru bangun tido dengan peta kat pipi belum hilang.

2.sikap/perangai
nie jugak memainkan peranan penting dalam menentukan sape teman hidup korang. korang gadis,kena  la bersikap macam gadis. tau, be yourself kan? tapi kalau be yourself tu da asyik macam beruk kena belacan baik tak payah. lelaki, suka dengan perangai yang lemah lembut sebab mereka sendiri dah keras macam batu kena la cari yang berlawanan. tak perlu la lemah lembut sangat cukup sekadar melambangkan diri awak tu seorang gadis. walaupun cara bercakap kasar, tapi rasa hormat terhadap orang tu masih ada,itu pun da cukup bagus. hormat dengan si dia, berlaku baik dengan si dia,tak mustahil terbit rasa sayang di hati si dia lambat laun.  yang penting jangan gedik. gedik ialah manja secara sengaja dan secara terang-terangan.

3.ambil berat
lelaki nie, kadang-kadang tak reti nak jaga diri sendiri walaupun ego dia cakap dia reti nak jaga tepi kain dia. padahal dia pun  perlukan perhatian. selalu la tanya apa yang dia dibuat,kadang-kadang tu nasihatkan dia kalau ada yang tak betul. "awak,tie awak senget r,nak saya betulkan?" awww... ahaha terdetik jugak di hati si dia tu nanti, boleh di harap gadis nie untuk menjaga dia.

4.buatkan dia rasa berguna
situasi dimana tanpa dia sesuatu benda tu takkan terjadi,haaa gitu. biar dia rasa im the man. the knight. minta pertolongan si dia,buatkan si dia merasai bahawa korang perlukan dia. "awak2,tolong bukak penutup tin minuman nie,tak larat la" awwww gitu. ahaha tapi takdelah nak makan nak ke tandas,nak mandi semua tak jadi kalau si dia tak ada kan. agak-agak r wei. haha

5.wangi
tipu la kalau aku cakap aku tak cair terbau wangian si gadis. nie la senjata korang gadis. pakai wangi-wangi sentiasa confirm tertarik,terjerut terus si dia tu nanti. tapi takdela sampai nak mandi dengan softlan/downy. si dia akan lebih suka bersama kalau anda wangi. lebih selesa. kot2 sampai termimpi malam nanti. haha

6. be exclusive
maksudnyer, korang jangan la dengan semua lelaki korang nak terhegeh-hegeh. dengan lelaki nie manja-manja,dengan lelaki lain pun manja-manja jugak. hilang dah keeklusifan korang. layanan terhadap dia pun kena eklusif jugak,maksudnyer layanan terhadap dia lain daripada yang lain. baru la dia perasan. "aku  nie istimewa bagi dia". :)

7. jangan menipu
ikut lah tipu pasal ape pon. kalau tipu untuk kebaikan ok. jangan terlampau beri banyak alasan.rimas der. korang sendiri pon rimas kalau lelaki macam tu kan?

selamat mencuba.:)

p/s: yang penting hati kena ikhlas. :)
give him your heart :)



#tipspikatlelaki #womenflirts #menvswomen #kenalilelaki

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...