nuff ad

Friday, September 6, 2013

minyak naik. #Ron95 #20sen

siapa tak kenal budak comel nie. memang tak Malaysia lah kalau tak kenal Ayu 20 sen. haha karekter yang dimainkan berjaya menggelikan ketiak semua pihak.tak kira tua dan muda. namun aku ingin membincangkan perkara yang mungkin menggelikan ketiak atau bulu hidung bagi sesetengah pihak manakala satu pihak lagi menggaru-garu kepala yang tidak berkutu. 20 sen 2013.

kenaikan harga minyak menimbulkan kekecohan di media-media massa. media sosial terutamanya, di mana ramai pihak berdebat mengutarakan pendapat masing-masing mengenai tindakan kerajaan menagih balik 20 sen daripada rakyat. seperti gelagat Ayu 20 sen di atas agaknya. tindakan kerajaan memotong subsidi sebanyak 20 sen bagi setiap liter petrol Ron95 juga menimbulkan pelbagai persoalan di otak kepala aku yang tak berapa nak berjambul nie. kerajaan ingin mengurangkan beban hutang dengan memotong subsidi secara beperingkat. mengikut laporan media-media elektronik, harga minyak dunia menurun bukannya menaik.

menurut laporan akhbar-akhbar, kerajaan berjaya menjimatkan kos sebanyak RM1bilion hasil daripada pemotongan tersebut utntuk tahun ini dan seterusnya menjimatkan sekurang-kurangnya RM3.3 bilon pada tahun hadapan. kerajaan amat berpuas hati dengan jumlah itu kerana sedikit sebanyak menurangkan beban kerajaan tetapi beban rakyat? angkat tangan tanyalah mereka.

oleh kerana langkah pemotongan subsidi ini, kerajaan prihatin nie nak tolong lah rakyat yang terbeban nak bagi BR1M yang konon-kononnya dinaikkan kepada RM1200 2 kali ganda daripada sebelum nie. tindakan ini membuatkan aku menjadi makin tertanya-tanya. kerajaan nak potong subsidi elak beban hutang. tapi apabila kita lihat balik, pemberian BR1M pada tahun lepas dianggarkan sebanyak RM3 bilion. jika kerajaan merealisasikan kenaikan BR1M RM1200 maka jumlah akan berganda sebanyak 2 kali iaitu sebanyak RM 6 bilion.relevan ke kerajaan nak jimat dan pada masa yang sama memberi lebih daripada yang dijimatkan. kita tengok. pemotongan subsidi 20 sen seliter pada tahun 2014 akan menjimatkan kerajaan sebanyak RM3.3 bilion ,pemberian BR1M RM1200 kepada rakyat dalam anggaran RM6bilion. RM3.3bilion -RM6bilion = RM2.7bilion (perbelanjaan). angkat tangan tanyalah mereka.

ini sekadar pandangan aku yang amatur. kita sebagai rakyat tidak salah memilih siapa sahaja yang kita sokong, namun kita mempunyai akal fikiran,jangan terima dan tolak bulat-bulat pendapat orang. kita selidik,cari maklumat,baca sumber-sumber yang ada jangan jadi lalang,kita manusia bukan lalang. wahai rakyat Malaysia,bangkitlah dari buaian tipu muslihat yang ketara. :) 

p/s: jangan marah aaaa :)

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...