nuff ad

Tuesday, January 19, 2016

awan menarik (unique clouds formation)

sape suke tengok awan atau langit? khas untuk anda. :)
kalau da tengah lapar awan tu kadang-kadang da macam cotton candy tak gitu??? hahaha

pembentukan awan-awan yang menarik :

giant cotton candy
the mount wearing a cloud hat.

















no love but love over wifi & foods

pepatah moden ada mengatakan "who needs love when you have foods and wifi". menjadi trend dah sekarang agak nya sekarang pepatah ni, kenapa korang tak tau? sebab korang tak single kot. yang single je yang tahu ni sebab tahap forever alone yang tinggi mengalahkan kadar radiasi letupan Chernobyl dulu.

pepatah ni timbul di permukaan bersama buih-buih kemodenan sebab budaya sekarang. budaya sekarang sangat sinonim dengan makanan dan wifi. setiap kali order makan bukan baca doa dulu kalau makanan sampai tapi PAKSA makanan tu selfie dulu dan upload la ke instagram. tak payah nak tersengih, geng perempuan dah terbiasa bab ni, member aku perempuan aku tau la, kau kot yang order makanan tu tapi dorang slumber mengenakan tindakan serta merta menghalang kau makan dan PAKSA makanan kau selfie. haha tapi tak menjadi masalah sebab kami baca doa sebelum makan, hahaha

bahagian yang sedih dengan pepatah ni "who needs love when you have foods and wifi" adalah bila kau hangout. janji nak lepak bulan lepas, siap clear-kan masa semata-mata nak lepak dengan member. tapi bila dah sampai cakap sepatah dua je pun pastu masing-masing dok layan sosial media, yang tak leh menahan berbalas komen dalam twitter padahal duduk semeja, memang kena pinggir la love of brotherhood kalah dengan wifi. yang couple dating tapi mata tengok phone baik duduk rumah dating dalam phone. nasib baik la member aku tak macam ni, semua tak anti-social. 

tapi betul la jugak tu, kalau dah patah hati sebab cinta tak sampai penghujung scroll instagram shopping online dah sejuk balik hati. hahaha dulu orang kalau frust makan melebihi kapisiti nafsu dan ruang perut sekarang dah ada tambahan, iaitu wifi. jadi foods and wifi is kinda a big diversion for you to keep on your feet and keep those bitter memories behind. bagi aku la foods ni terapi, makanan sedap memang buat mood baik. tak pernah lak aku nampak orang lempar meja kat kedai makan sebab makanan terlebih sedap. wifi ni diversion, kau bersosial secara langsung dan tidak langsung tak la kau kemurungan sendirian. jangan nak meroyan kat media sosial pulak, kalah hantu kak limah nyanyi enjet-enjet semut atas bumbung malam-malam.








#wifioverlove #foodlover #wifilover #whoneedslove #antisocial #selfiemakanan 3kekasihtakdiundang

Friday, January 15, 2016

koleksi puisi sendu

koleksi puisi sendu oleh admin si penulis amatur (cacamarba)

aksara tidak mampu

cukup kata-kata
belum pernah puas terasa
biarpun beribu aksara
telah ku titik menjadi nota
menghantar pesanan jiwa
namun sekadar itu sahaja
tidak bisa menyendal dunia nyata


kering sendiri

jangan dibentak sang mentari
jika kau kering sendiri
bunga tidak mungkin mewangi
tanpa sinar terik mentari
layu bunga menyembah bumi


rabak duri dunia

berjalan penat berlari
rabak kulit pakaian sekali
merentas danau berduri
berdarah parut hingga lali
ganas dunia kita sedari
hinggalah mati


lemas mengiringi

walau dikau pergi
masih aku mengirngi
setiap gerak aku perhati
selagi mampu aku menanti
kasih ini laut tidak bertepi
lemas aku bila sendiri


oleh : cacamarba


#puisisendu #puisimelayu #malaypoem #sendumeracuni #kasihtakbertepi 

perbezaan lelaki dan perempuan ( men vs women)

lelaki
1. selalunya tidak mempunyai kapasiti untuk multitasking
2.ego sesama lelaki mahupun perempuan
3. selalunya sedikit tidak terurus
4. panas baran
5. tidak mudah terganggu emosi
6. makin tua makin berharga
7.selalunya tegas
8. mempunyai aura pemimpin
9. tidak cenderung untuk selfie sebelum makan
10. scroll instagram dan double tap gambar awek cantik
11. selalunya lemah daya ingatan

perempuan
1. mampu untuk multitasking
2. ego sesama perempuan tapi tidak dengan lelaki
3. selalunya sangat terurus
4. penyejuk hati
5. mudah emosi
6. makin tua makin risau kedutan
7.kelihatan vulnerable
8. keinginan untuk dipimpin tinggi
9. cenderung untuk selfie sebelum makan
10. scroll instagram dan double tap jualan murah kedai online
11. mampu untuk ingat apa yang lelaki buat 34 saat 7 minit 4 jam dan 2 tahun yang lalu

p/s : namun semua ini tertakluk kepada pengalaman yang telah dilalui dan anugerah semulajadi dari ilahi

#perempuanvslelaki #womenvsmen #lelakiego #perempuanego #kelebihantersendiri #onlineshopaddict #onlinewindowshopping #foodporn

Wednesday, January 13, 2016

Warkah Kekasih (puisi-malay poem)

baiklah nak kongsi penulisan aku yang selaras rakyat biasa.

warkah kekasih

sudah beribu kali siang diganti malam
namun silam kita bagai semalam
rasanya mencengkam teramat dalam
dulunya mesra kini sepi terbungkam

sayang hari ku kini kelam
acap kali siang ku ibarat malam
di lautan kasih sendiri aku tenggelam
di hempas gelora ombak hitam

lama sepi tak berutus salam
madah terakhirmu menghiris tajam
berdarah rinduku puas dipendam
kenangan kita sentiasa di genggam

bagimu aku mati tertimbus di makam
tidak lagi wujud berada di alam
walau sakit hakikat ampuh menikam
aku teguh merindui mu walau aku sekadar masa silam

oleh: cacamarba


#puisimelayu #malaypoem #sendukasih #warkahkekasih #buatkekasih #loverinsorrow

Menulis blog ber-objektif

assalammualaikum dan salam sejahtera

salam 1Malaysia belum popular pun lagi masa akhir sekali aku "update" blog ni haaa. Skandal 2.6 Bil pun belum lagi, bukan nak cakap hal politik cuma nak terangkan betapa lama nya aku tak "update" blog yang tercinta ini. hidup aku pun dah berkali-kali naik turun dan turun-turun sepanjang aku tak "update" blog ni. haha.

baiklah nak tulis acah-acah "admin" yang berkaliber dan ramai "follower" jap. menulis blog bagi orang yang tak mempunyai visi dan prinsip yang tak berapa nak kuat macam aku ni agak payah. sebabnya :

1. aku tak tetapkan lagi topik/genre/jenis khusus blog ni
2. aku tak tetapkan penggunaan bahasa (formal atau pasar) sempoi kot
3. aku tak ada kumpulan sasar pembaca (warga emas, warga platinum minuman air herba)
4. aku tak berapa nak pasti menulis untuk mengisi masa lapang atau mengejar "passive income"

baiklah cukup la kot 4 sebab tu, yang lain aku tak dapat nak keluarkan sebab aku pun tak pasti, tapi 2016 dah menjelma dan aku rasa tahun ni la aku nak letak azam setelah sekian lama nya aku tak meletakkan azam tahun baru. azam aku tahun 2016 adalah nak naikkan "traffic" pembaca kat blog aku. haaaaa barulah realistkc daripada aku nak letak "relationship goal" belum pape "ship" aku dah karam di lambung ombak laut China selatan.

harap-harap nya blog ni dapat memaparkan perkara yang mengikut arus masa sekarang, barulah "traffic" berduyun-duyun bak semut memikul gula, memandai je buat peribahasa sendiri. biarlah blog ni tak khusus pun, aku guna pakai tema sempoi je la, apa-apa je leh masuk. sekian dari penulis si budak kampung. :)


#objektifblog #azam2016 #peribahsasendiri #realationshipgoal #skandal2.6bil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...