nuff ad

Thursday, June 30, 2011

I LOVE YOU


I LOVE YOU



saya cinta awak dalam bahasa melayu.
Perkataan ini yang sering orang guna untuk menyatakan perasaan sayang yang teramat dan terlampau sangat...haha tak kisah la dalam bahasa apa sekali pun,tapi seluruh dunia menggunakannya dari yang belum berbulu sampai la yang dah gugur bulunya(dari yang muda sampai yang tua)..haha

i love you
perkataan nie boleh membuatkan kita terharu sampai mengalir air mata darah,membuatkan kita gumbira,membuatkan muka kita merah saga.boleh jugak membuatkan kita sakit hati atau rasa nak membunuh kalau teman lelaki ataupun teman wanita kita ucapkan “ i love you” kat orang lain.

I love you
patut di ucapkan dari hati.bukan dari mata,bukan dari hidung..jangan pulak bila kita jumpa orang yang wangi giler kita terus nak ucap i love you. Dan paling penting jangan ucap atas dasar nafsu. Tengok badan perempuan melentik sikit dah nak ucap i love you.tengok lelaki sasa sikit terus nak ucap i love you gak. Tapi kalau bukan dari mata macam kita nak kenal dengan orang tu? Kalau bukan kerana hidung macam mana kita nak tahu dia tu pembersih atau tidak orang nya? Kalau bukan kerana nafsu macam mana kita nak tahu kita nie bernafsu kat perempuan atau lelaki? Haaaaa... macam mana tu? Ok,macam nie,,,dari mata,hidung dan nafsu,kita kena hantar semua maklumat tu kat otak,selepas otak buat kira-kira,tolak,tambah,bahagi,darab,diffrentiate,square root,neutralize semua tu,,,, baru la turun ke hati... kalau ada yang malas tu,tak main hantar kat otak dan hati,dorang terus hantar kat mulut dorang. Sebab tu i love you bertukar jadi i leave you.Tapi kenapa kita masih ucapkan i love you kat orang yang salah walaupun selepas di nilai oleh otak??? alaaa korang nie,sedangkan hasil kira-kira kalkulator korang pun boleh math error..apa lagi otak kita.human buat mistake maaa.... apa yang kita perlukan ialah pengalaman untuk menilai semua benda-benda nie.


I love you
bila kita nak ucap i love you,ataupun kenapa kita nak ucap i love you??? ini aku pun tak tahu nak jawap,terlampau subjektif,prof madya & doktor pun tak leh nak jawap dengan tepat. Apa yang aku tahu,jangan ucap i love you bila:  (khas untuk yang baru kenal)

kita rasa selesa dengan seseorang tu
kita rasa selesa sangat dengan dia,nak bercakap tak payah nak gubra-gubra,tunjuk perangai sebenar pun ok,korek hidung depan dia pun ok jek,,,,terlampau selesa sangat kan..haha mungkin korang selesa tu sebab korang sesuai sebagai kawan,bukan sebagai kekasih.

Kita atau dia ambil berat antara satu sama lain
biasa la,kita nie orang malaysia,terkenal dengan sikap yang prihatin & ambil berat.jangan la kita nie perah santan(perasan) kalau ada lelaki atau perempuan ambil berat pasal kita.ambil berat bukan kerana suka.jangan salah faham.selalunya benda macam nie terjadi kat lelaki.pantang bila ada perempuan ambil berat sikit.terus dia cakap yang perempuan tu syok kat dia. Haaa....nie kena hati-hati jugak,bagi perempuan yang mudah cair bagai lilin yang sedang membakar birahi..hahaha korang kena hati-hati kalau kenal dengan lelaki,ada lelaki yang sengaja buat-buat ambil berat di awal perkenalan,maklum la nak pancing...jadi,jangan la cepat nak ucap i love you kat orang yang ambik berat kat kita,entah-entah dah terjerat dalam perangkap dia.haaa...sape yang susah???

kita suka dia,suka sangat-sangat
harus di ingatkan bahawa,kita nie sebagai manusia kebanyakan perasaan kita nie bersifat sementara.contohnya,kalau kita sedih,mana ada kita sedih sepanjang hayat kan? Gile ke ape menangis 24jam. Pemenang anugerah pelakon air mata pun tak leh wat macam tu. Jadi,begitu jugak dengan rasa suka kita terhadap seseorang,bila kita suka kat seseorang jangan nak gatal-gatal ucap i love kat dia.nilai dulu,take your time... cuba fikir,sebab apa kita suka dengan dia...sebab muka dia cantik,kacak? Sebab suara dia ayu,macho? Pendam dulu perasaan suka tu,mana la tau dalam 2 3 hari hilang.kalau masih suka tu,apa lagi,,;luahkan lah..haha bukan apa,takut nanti kalau melulu sangat nak ucap i love you boleh memakan diri atau memberi harapan palsu kat orang.

I love you
selama 18 tahun 7 bulan aku hidup di dunia nie..alhamdulillah... aku banyak dah paham sikit-sikit pasal i love you,i love you nie... pahit,manis,pedih,sedih gembira ...gara-gara i love you pun aku dah rasa. Apa yang aku tahu.,dalam hal nie jangan sesekali terburu-buru ucap I LOVE YOU...ingatttt(upin & ipin) ...ada orang pernah cakap kat aku... dont take things seriously... jadi,jangan terlampau taksub dengan dunia percintaan anda. Dan jangan terlampau taksub dengan usia muda anda. usia muda??ada kaitan ka?? haha aku pun tak tau.

cinta,boleh menghancurkan keegoan seorang lelaki...ataupun boleh menghancurkan result korang..haha
lupa pulak...jangan bodoh,sebab cinta korang taknak belajar,hilang semangat konon...eeeee...tolong lah...
dan jangan terlampau tergesa-gesa...jangan buat pelaburan jangka pendek.buat la pelaburan jangka panjang..dua-dua pihak takkan merana.

p/s:aku tak tau nak nak letak apa kat blog... jadi aku “ngereco” la pasal cinta..haha


WARNAI CINTA KORANG SEINDAH PELANGI
LOL..HAHA

4 comments :

  1. erm...ku sa,,,xda ku jiwang2 dalam ya??? =.= ada x ayat aku cinta padamu or aku rndu padamu??? xda nak???? ko ya munir..eeee geram tok... haha

    ReplyDelete
  2. awesome??hahaha yaka??? makasih..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...